Tuesday, June 18, 2013

Sakit gigi geraham/bongsu + Ulcer

Time exam macam ni lah sakit gigi. Lepas check gigi kat Pusat kesihatan UKM hari tu, doktor gigi X-ray kan part yang saya kata sakit tu. Rupa2nya gigi bongsu/wisdom tooth saya tumbuh dengan melanggar gigi depannya, doktor kata PK takda kepakaran untuk cabut gigi macam ini, so kena pergi rujuk pakar di hospital..



X-ray yang saya nampak macam gini jugak la rupanya keadaan gigi bongsu tu memberontak.

Dengar2je kecut hati. heh heh. Doktor PK ini sikit2 je asyik kata kena buat minor surgery.

Hari tu saya pergi check gigi bongsu saya yang sebelah kanan bawah, doktor kata nak senang cabut je. =_=" . Tapi saya kata tak payah la cabut, bukan sakit pun, cuma ganggu sebab ada lubang antara gigi bongsu ngan gigi depan, setiap kali makan mesti sangkut makanan.

Kali ni bahagian kiri atas pula... memang dah kena cabut la ni. Nanti nak tanya la kat dentist, boleh tak cabut dua-dua sekali? Hmm kalau boleh saya nak cabut sekali gus ke empat-empat gigi bongsu so nanti takda la nak cabut banyak kali. leceh. Tapi kan, gigi bonsu belah kiri bawah macam tak tumbuh lagi. So rasa nak tanya doktor lagi,mmg dia tak nak tumbuh atau kena surgery kerat sikit daging gusi bagi dia tumbuh. Lagi, cabut gigi kat hospital kerajaan berapa ar? Saya punya la gigih google semua benda yang berkaitan, ada orang kata RM23 yang untuk bius sepenuhnya. Sebab risau mahal, ada kawan cabut gigi(minor surgery +bius +complication gigi juga) di klinik swasta dekat Rm650+ , ada yang cecah RM800. Mak aih. Mahal gila. Ok, macam banyak soalan pula kena tanya doktor lagi.. ah. catat catat!

Hari tu lepas kena x-ray,dentist "paksa" saya gigit kepingan besi, pastu besi tu punya la tajam kena lelangit saya, sekarang ada ulcer pula. Aduh pedih weyh. Ulcer di dinding tepi mulut okay lagi, ni kat lelangit, nak telan air liur pun sakit. T^T


Ni hah. Ok, nampak hodoh sikit.
Dalam bulatan hitam tu la ulcer yang paling pedih saya pernah dapat. Siap berdarah lagi semasa saya cuba nak ludah/gosok gigi sebab tertarik muscle lelangit.
Bulatan hijau, punca kesakitan utama!

Doktor kata nanti bila2 masa ambil surat rujukan dari PK untuk bawa pergi hospital.. Hmm. Maksudnya still kena buat appointment ke tak hah? -_- wuuu wuuuu~~~ T^T

Stay tune. Akan update nanti apa jadi dengan proses cabut gigi bongsu ni. *nangis*

No comments: