Monday, May 9, 2011

Funky LG Lollipop

Just want to share a song with you guys though not a new song. Quite cheeky, funky , funny korean song for promoting LG's phone-Lollipop.First time see this cool Kpop male group-BIG BANG wearing these colourful outfits but still keeping their original style.Featuring 2NE1 here is it.




New-Lollipop. Big bang only

Friday, May 6, 2011

Bahasa Melayu Era Facebook

Secara tiba-tiba ingin meluahkan sedikit sebanyak apa yang terpendam dalam hati kecil ini.Ingin tahu apa sebab yang mendorong saya ingin menaip ini?

BENDA INI  lah kalau saudara saudari ingin tahu.




Ingin saya luahkan apa yang saya rasa semenjak saya bergaul rapat dengan orang Melayu... Apa yang saya akan katakan ini tidak berunsurkan biased ataupun merujuk kepada 100 % rakyat yang bergelar Melayu, harap-harap saya tidak akan didakwa ataupun ditangkap polis depan khalayak ramai atas kes ISA. Saya juga tidak berniat untuk mencaci mana-mana pihak, dan jangan soalkan saya berbangsa apa sebab secara jujur saya tidak pernah yakin samada saya berdarah Melayu atau tidak, meskipun ramai yang berpendapat Jawa adalah sebahagian daripada Melayu. Ya,memang benar saya ini kacukan Cina Malaysia dan Jawa Timur Indonesia. Isu bangsa seharusnya sudah tidak dikisah sangat di zaman sekarang lebih-lebih di Malaysia yang telah dilancarkan "1 Malaysia"(yang tidak sebegitu memberi inspirasi berbanding Vision 2020). Saya tidak suka apabila orang mencaci dan dicaci orang, jadi saya sendiri tidak akan mencaci. Faham? Tidak mengapa kalau tidak faham.

Selama saya belajar Bahasa Melayu dari tadika,sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah saya tidak pernah belajar gaya penulisan Bahasa Melayu yang pelik sebegini. Secara jujurnya budak-budak / sesiapapun yang menulis macam ini memang menjatuhkan darjat "Melayu" itu sendiri. Secara jujurnya saya sendiri pernah terpesong sikit dengan menambah "wwwwww~" di belakang perkataan yang saya taip,tapi saya tidak pernah sesekali terbalikkan ejaan secara sengaja(bukan typo).Adakah ini semua salah laman web sosial yang wujud pada abad 21 ini?




Ini sememangnya tidak boleh dikatakan sebagai penambahbaikan seperti yang berlaku pada zaman Tanah Melayu berubah ke Malaysia di mana banyak perkataan Melayu diubah ejaan. Sebagai contoh, dari puteh ke putih, ayer ke air, endah ke indah, heran ke hairan .Untuk maklumat lanjut boleh rujuk laman ini. Balik ke topik asal, saya tidak rasa Bahasa Melayu Facebook boleh "didaftar" ke dalam Dewan Bahasa dan Pustaka meskipun ia amat popular hingga ke akhir zaman.




Sebelum saya masuk ke matrikulasi, saya amat jarang bergaul dengan orang Melayu di mana 95% yang saya kenal adalah berbangsa bukan Melayu tulen. Imej "Melayu" dalam hati saya masih lagi "bersih dan suci" pada masa itu, dari segi agamanya, adabnya, tingkah lakunya, sifatnya. Tapi setelah masuk ke Matrikulasi yang majoritinya bumiputera, culture shock sekejap dan seterusnya makin jelas yang sebenarnya orang-orang muda Melayu ini hampir serupa saja dengan orang bukan Melayu, malah lebih Extreme. Apabila Si Cina cuba menjaga hati Si Melayu ini, disangkakan "babi" adalah perkataan yang tidak sopan, mereka sanggup berminta maaf setelah menyedari telah menyebut "babi" secara tidak sengaja di depan Si Melayu. Tetapi Si Melayu ini boleh pula asyik "babi la ~babi la~kepala hotak ko babi". Tidak sopan, kasar, tidak beradab yang saya ingin kata di sini. Memang ada juga orang bukan Melayu yang berperangai sebegini, tapi mereka tidak melakukannya terhadap rakan yang beragama Islam, sekurang-kurangnya bukan tanpa izin kawannya.


Sebut tentang "kawan", setahu saya dalam kamus Melayu "kawan" tidak didefinisikan sebagai member, tapi mengapa Si Melayu suka menggunakan istilah member (ahli) sebagai "kawan"? Jika hendak dikatakan maksudnya hampir sama...Oh tidak ! member is member, friend is friend,not same at all.Untuk pengetahuan semua, saya pelajari istilah "BM-member" semasa saya baru masuk ke matrikulasi. Susah juga pada mula-mula nya ingin berkomunikasi dengan kawan Melayu, apabila tidak faham,hanya boleh senyum ataupun gigih sedikit- "ha? ha???".Mujurlah saya seorang yang senang tangkap,boleh juga "ajar" kawan cina yang kadang-kadang memang tidak faham langsung Bahasa Era Baru yang bercampur dialek Kelantan,Pahang,Terengganu dan sebagainya.


Banyak lagi yang saya ingin cerita, tapi ia akan menjadi bosan apabila saya menaipnya dalam Bahasa Melayu standard ,bukan? Bak kata orang sekarang(bukan kata orang dulu), inovasi dan kreativiti lebih menyeronokkan. Apa-apa pun, kecuali lah terpaksa,memang mustahil saya akan menghantar anak-anak/anak buah saya pergi sekolah yang majoriti Melayu,sekurang-kurangnya BUKAN semasa mereka kecil, dimana kanak-kanak mudah terpengaruh pada waktu genting hidup mereka.


Post Script (P/S) : "Tidak beradab" pun ada HADnya..Dan saya tidak suka orang yang bodoh lagi tidak beradab.

Monday, May 2, 2011

JADUAL WAKTU SEMESTER 3 (FEP UKM)

CLICK ON THE PICTURES TO VIEW IN BIGGER IMAGE
*The pictures are not according to the sequence,refer to the pages on it,example:m/s 3 drpd 10*