Sunday, June 23, 2013

I wish upon the fireworks

Happy 19th Monthversary a.k.a 1 year 7 months.

Tonight I am so happy. So glad you still patiently hear my problems, still stood by my side, still holding my hands, still trying and trying to make me smile. I'm a lucky girl.

Tonight I feel so loved. Thank you for this feeling. It feels great =)

I wish upon the beautiful fireworks.

May it comes true,

Saturday, June 22, 2013

Space

Usually I wont be very close with someone. But once we are close, I wont leave you, I dont want to leave you, I scare to leave you, I even scare to have the thought of leaving you my friend.

Damn, I'm screwed.

Did I forgot how in the first place I hate to be close with other people? Because I will hurt others, and they will hurt me too. I hate it, very very much.

There will always a space between us, that we both can't reach each other. Never.

Wednesday, June 19, 2013

Appointment di hospital serdang

Pagi tadi habis saja exam Iskandar teman saya pergi PK untuk ambil surat rujukan dari dentist. Lepas tu kami pergi lunch di kafe Zaba. Kafe Zaba memang tak ramai orang, yang makan di sana pun tak lebih 10 orang, tapi ramai gadis2 tapao makanan mereka la. Mungkin sebab keadaan kafe yang tak seberapa menarik?

Petang pula minta Wann hantar saya pergi Hospital Serdang. Kali pertama pergi hospital, baru ada feeling "ooo~~". Susah cari parking dan prosedur rawatan sangat leceh. Kaunter di unit pembedahan mulut memang tepat pukul 2pm baru mereka balik dari lunch. Mentang2 la patient sakit gigi boleh bertahan~ Tunjuk surat referal dengan mereka, baru nak buat appointment first - check up gigi pertama dengan doktor. Dah la kena tunggu sampai 9 Julai~~~~Hari ni 18 Jun. Kiranya kena tunggu 3 minggu juga la~ Ahh~~~ time tu dah start LI, malas pula nak minta cuti bagainya. Saya bukan jenis pekerja yang senang minta cuti, sbb rasa sangat sangat sangat sangat bersalah kalau skip sehari pun. Tapi kawan kawan kata tak apa, nanti boleh minta MC. hmmm... Ni baru appointment first, belum yg second lagi. Nak tunggu sampai bila baru cabut gigi geraham ni ar?~~ SSSTTTRRREESSSS~ tapi tadi abang tu kata kalau siap2 ada rekod X ray lagi senang. Hmm. nanti2 la cuba tanya dentist PK boleh tak bagi film xray gigi tu kat saya... ataupun buat lagi xray whole mulut. lagi senang.

Apa-apa pun, akibat dari ke-stres-an dapat tahu hari appointment lama lagi, rasa sakit gigi tu surut pula. Mungkin otak saya bagitahu: tak yah la tunggu lama sangat, ni hah dah sembuh tak rasa sakit dah!
Gitu kot..

Nanti masa balik rumah bagitahu kat mak la, macam mana. Rasanya mak mesti suruh pergi je...lama pun lama la... Nasib, tak sanggup keluarkan duit ratus ratus untuk cabut gigi di klinik swasta. T^T Dah la beberapa hari lepas baru dapat surat PTPTN. Meskipun saya penerima JPA, duit JPA tinggal ciput je. Nak bayar RM4,750 tu tak lepas. Nanti sebelum LI nak bawa motor kapcai saya pergi service lagi~ Motor Yamaha Sport tu lagi saya expect nak bawa pergi tempat kerja tiap2 hari. Tak tau dia mampu lagi ke tak. Ahhh~~ Risau2~ Cuma harap saya tak terlibat dalam eksiden lagi dah la. Amin. Cukup la dengan banyak kesan parut di kaki2, di tangan, di pinggang. Ada orang kata tambah satu parut maka turun 10% kemungkinan nak kahwin nanti. Fulamak~kira2 memang 100% tu tolak sampai nilai negatif saja. Kahwin dengan bangla pula nanti. Choi choi choi!

Apa2 pun, semoga hari2 berikut dapat dilalui dengan lancar. Semoga exam ok, semoga LI ok, semoga poket duit ok, semoga kekasih saya ok, semoga thesis kekasih saya ok, semoga semua semua semua semuaaaaanya okay. Amin Amin Amin Ya Rabbal Alamin. ^_^

Tuesday, June 18, 2013

Sakit gigi geraham/bongsu + Ulcer

Time exam macam ni lah sakit gigi. Lepas check gigi kat Pusat kesihatan UKM hari tu, doktor gigi X-ray kan part yang saya kata sakit tu. Rupa2nya gigi bongsu/wisdom tooth saya tumbuh dengan melanggar gigi depannya, doktor kata PK takda kepakaran untuk cabut gigi macam ini, so kena pergi rujuk pakar di hospital..



X-ray yang saya nampak macam gini jugak la rupanya keadaan gigi bongsu tu memberontak.

Dengar2je kecut hati. heh heh. Doktor PK ini sikit2 je asyik kata kena buat minor surgery.

Hari tu saya pergi check gigi bongsu saya yang sebelah kanan bawah, doktor kata nak senang cabut je. =_=" . Tapi saya kata tak payah la cabut, bukan sakit pun, cuma ganggu sebab ada lubang antara gigi bongsu ngan gigi depan, setiap kali makan mesti sangkut makanan.

Kali ni bahagian kiri atas pula... memang dah kena cabut la ni. Nanti nak tanya la kat dentist, boleh tak cabut dua-dua sekali? Hmm kalau boleh saya nak cabut sekali gus ke empat-empat gigi bongsu so nanti takda la nak cabut banyak kali. leceh. Tapi kan, gigi bonsu belah kiri bawah macam tak tumbuh lagi. So rasa nak tanya doktor lagi,mmg dia tak nak tumbuh atau kena surgery kerat sikit daging gusi bagi dia tumbuh. Lagi, cabut gigi kat hospital kerajaan berapa ar? Saya punya la gigih google semua benda yang berkaitan, ada orang kata RM23 yang untuk bius sepenuhnya. Sebab risau mahal, ada kawan cabut gigi(minor surgery +bius +complication gigi juga) di klinik swasta dekat Rm650+ , ada yang cecah RM800. Mak aih. Mahal gila. Ok, macam banyak soalan pula kena tanya doktor lagi.. ah. catat catat!

Hari tu lepas kena x-ray,dentist "paksa" saya gigit kepingan besi, pastu besi tu punya la tajam kena lelangit saya, sekarang ada ulcer pula. Aduh pedih weyh. Ulcer di dinding tepi mulut okay lagi, ni kat lelangit, nak telan air liur pun sakit. T^T


Ni hah. Ok, nampak hodoh sikit.
Dalam bulatan hitam tu la ulcer yang paling pedih saya pernah dapat. Siap berdarah lagi semasa saya cuba nak ludah/gosok gigi sebab tertarik muscle lelangit.
Bulatan hijau, punca kesakitan utama!

Doktor kata nanti bila2 masa ambil surat rujukan dari PK untuk bawa pergi hospital.. Hmm. Maksudnya still kena buat appointment ke tak hah? -_- wuuu wuuuu~~~ T^T

Stay tune. Akan update nanti apa jadi dengan proses cabut gigi bongsu ni. *nangis*

Monday, June 10, 2013

New blog URL

Insecure makes me want to be better.
So afraid that I'm gonna lose myself one day.
The happy me,
the carefree me,
the creative me,
the imaginative me,
the outgoing me.